FIQIH REMAJA MUSLIM

Analogi Hidup dan Mati 

Rasa

susah dan payah itu seringkali membuatkan kita mahu terus putus asa.
Sehinggakan setiap perkara di hadapan terus ditinggalkan tidak dipedulikan.
Namun, sampai bilakah mahu kita berputus asa tidak mahu berusaha?
Kelak mati menjelma, penyesalan sudah tak ke mana.
6 Disember 2011
Pagi itu saya bertanya diri, saya bertanya Allah,
"Wahai Tuhan, kenapa tak dicampakkan langsung rasa gerun untuk exam hari ini?".
Saya sangat bingung dalam masa yang sama sangat "tenang". Bingung sebab tak rasa berdebar langsung nak masuk periksa bagi subjek Simiyaiat Ta'wil hari tu. "Tenang" sebab rasa yakin akan dapat jawab dengan baik walaupun pada hakikatnya saya sangat kurang bersedia.
Berjalanlah saya ke kuliah dengan secebis nota berwarna pink di tangan. Sibuk-sibukan diri juga menghafal perenggan talkhis tentang buku yang saya baca. Hari ni, saya bakal ditanya tentang buku Misykatul Mafahim yang diberi oleh Ustaz Haddawi hasil tulisan Muhamad Miftah.
"Better kamu hafal husna!" berdialog saya dengan diri.
Sampai sahaja ke kuliah. Semua kawan sekelas duduk goyang kaki bergelak ketawa. Releks dan "tenang". Seakan peperiksaan tiada. Bertambah lagi bingung saya. Ustaz berjalan di hadapan kami, menuju ke kelas. Kami mengekorinya dengan harapan, "Moga-moga exam hari ni tangguh".
Seberadanya kami di dalam kelas..
Cuba teka siapa orang pertama yang dipanggil untuk oral exam hari tersebut?
Bint Muhammad Tawfiq Nourl Housna. Seruan menjelma. Mengalah juga saya dengan keadaan tidak bersedia. Tidak membantah walaupun sepatah. Ditarik kerusi menghadap ustaz. Terus ditanya tentang kesimpulan buku yang saya dah baca. Berserta kertas ditangannya, mata memandang saya, Ustaz dengan penuh sokongan mengutarakan soalan.
"Bravo-bravo alaik, mizyene.." angguk-angguk dia memberi kepastian dan pujian kerana muka saya menunjukkan keraguan pada setiap jawapan.
Saya tahu Ustaz tidak berkeras dengan kami bukan seperti pelajar-pelajar Arab yang lain. Lagi bertambah rasa bersalah saya sebab peluang yang diberikan untuk menghafal tidak dimanfaatkan.
"Oh Tuhan, akan saya tunjukkan nanti!" azam pada diri mahu menebus kesalahan. Saya tak nak sia-siakan lagi peluang yang Ustaz berikan.
11:15 pagi,
waktu untuk kelas kedua pula. Kelas Us Hamumi yang digeruni.
Rasa "tenang" di pagi hari tadi terbawa-bawa sampai ke kelas Sarf wa Siwatah. Ustaz Hamumi yang digeruni pelajar-pelajarnya merupakan seorang yang sangat tegas dalam masa yang mempunyai sifat kebapaan yang tinggi. Berpakaian kot kemas dia melangkah masuk ke dalam kelas.
Terus ditanya pelajar-pelajar di hadapannya,
"Kamu semua ada soalan berkaitan dengan pelajaran kita minggu lepas?"
Diulang lagi soalan tersebut. Kali terakhir peluang untuk bertanya diberikan, ustaz terus mengeluarkan kertas-kertas kosong.
"Baiklah kalau kamu semua tak ada soalan lagi, setiap orang ambil satu meja dan ketepikan beg masing-masing".
"Alhamdulillah," hati memuji Allah, peperiksaan mengejut pula kali ini. Ust memang takkan pernah maklumkan waktu peperiksaan. Memang sangat seronok saya menjawab dua ujian dalam hari yang sama.
Namun, berbekalkan "ketenangan" yang dibawa dari kelas Ustaz Haddawi tadi saya jawab juga soalan-soalan yang diberikan. Alhamdulillah, dipermudahkan untuk menjawab walaupun hakikatnya saya tak tahu samaada jawapan yang saya berikan betul ataupun tidak.
Usai kelas, saya terus berjalan pulang. Kaki berjalan perlahan, satu suara di benak hati melontarkan soalan demi soalan memberi peringatan.
"Husna, andainya mati itu Allah dah tetapkan tarikhnya, adakah kamu akan tetap bersemangat berusaha untuk mengumpul amal?
Atau sekadar bertangguh ke saat akhir?
Dan pabila menghadap Allah untuk dipersembahkan segala amal, engkau hanya mengharapkan belas kasihan daripadaNya?
Sedangkan di dunia Allah dah tetapkan suatu tempoh untuk beramal dan saat kamu diuji adalah saat kamu dimatikan.
Masuk exam Us Haddawi pun tak ready, inikan pula kalau mati itu sudah ada tarikh yang pasti?".
 Hati berbicara lagi.
"Sedangkan hakikat mati itu tidak diketahui waktu dan ketikanya. Samalah dengan ujian mengejut Us Hamumi. Malaikat Maut akan menjemput pada bila-bila masa secara mengejut. Kamu bersedia ataupun tidak, tetap kamu akan dimatikan dan kelak dipersoalkan tentang segala perbuatan kamu di dunia. Semestinya di hadapan Tuhan, Allah Yang Maha Agung rasa gerun itu lebih menakutkan berbanding di hadapan manusia di dunia."
Analogi dua peperiksaan pada hari tersebut mengingatkan supaya sentiasa bersedia untuk suatu saat yang sudah ditetapkan tetapi tidak diketahui saatnya. Mati itu pasti. Saat itu rasa "tenang" pasti hilang.
Setiap kali kita bangun dari tidur masih lagi bernafas, bermakna masih ada tugas yang belum selesai terlunas. Masih terbuka luas peluang untuk kita beramal dan bertaubat kepadaNya. Dia masih mahukan kita berusaha mengejar keredhaanNya.
Kelmarin, merupakan kelas terakhir bersama Us Haddawi dan Us Hamumi untuk semester kali ini. Kedua-duanya memberi berita gembira, kami semua dapat markah yang baik untuk mid-sem exam lepas. Hanya tinggal berusaha untuk final exam pula. Mereka mahu kami berusaha sebaik mungkin untuk final ini.
Nah, lihat! Bukankah ini peluang seterusnya yang Allah berikan untuk berusaha bersungguh-sungguh?
Andai hidayah itu sudah berada di hadapan mata, namun tetap dipersiakan jua.
Bukankah kita dalam golongan mereka yang rugi?
Berdoa Nabi Adam a.s sewaktu baginda sedar akan kesilapan baginda sehingga dikeluarkan dari syurga.
"Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, nescaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang rugi."
(Surah Al A'raaf :23)
Sering kita gerunkan peperiksaan di dunia.
Seringkan kita kejarkan ijazah, kesenangan, kekayaan semata.
Terkadang lantas terlupa Sijil Padang Mahsyar di sana.
"Ya Allah, jadikanlah kami sentiasa berusaha mencintaiMu,
ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah,
dan matikanlah kami dalam keadaan kami mengucapkan syahadah.
Ameen ya robbal al'lamin..
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nurul Husna Binti Mohamad Tawpik adalah penuntut Tahun Tiga di Universiti Hassan Thani Mohammedia - Casablanca, Maghribi dalam bidang Pengajian Bahasa Arab. Menulis di Taman Hati. Layari blog beliau di http://resamkehidupan.blogspot.com

.

Tiga Golongan Yang Rugi

"Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata:"Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu". Aku mengucap:"Amin". "Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak dimasukkan ke syurga". Aku berkata:"Amin". Jibril berkata lagi:"Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya". Lalu aku mengucapkan:"Amin". -Riwayat Imam Ahmad
Daripada qaul Rasulullah SAW di atas dapatlah disimpulkan, terdapat 3 golongan manusia yang Rasulullah SAW kategorikan sebagai seorang yang rugi. Ruginya bukan di dunia sahaja, malah ruginya berterusan sehingga hari akhirat. Ketika mana orang lain berlumba-lumba mengumpul 'dana pahala' di dunia, dirinya sambil lewa dengan kehidupan dunianya. Maka terlepaslah peluang dan kesempatan yang Allah beri kepadanya.
Betapa tidaknya, peluang sudah ada di depan mata. Tetapi kerana ikutkan hati seronok dan teruja dengan nikmat kehidupan dunia, sekalipun nama junjungan Nabi Muhammad SAW didengarinya terasa berat lidah untuk menyebutnya. Jika seseorang yang punya perniagaan, sudah pastilah orang sebegini sentiasa dalam kerugian. Perniagaannya tiada kemajuan malah mungkin boleh sampai kepada peringkat muflis dan berhutang. Peluang telah pun tersedia tetapi tidak mahu dijamah keuntungannya .
"Ya Rahman.. Berkatilah usia kami agar sentiasa dalam ketaatan. Rahmatilah hidup kami agar sentiasa dalam keampunan. Sampaikanlah salam penuh kerinduan buat nabi junjungan serta jadikanlah kami teman... Yang berada di sisi Rasul-Mu di taman kenikmatan."
Begitu juga dengan seorang anak yang masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Sungguh ibu dan ayah itu adalah aset untuk kita menambah pahala. Hatta dengan senyum kepada orang tua juga sudah diberi ganjaran pahala oleh Allah, apatah lagi jika mengikut segala perintahnya selagi mana tidak melanggar syariah. Pastilah ganjarannya lebih berlipat ganda. Dan inilah yang dikatakan oleh Rasulullah SAW sebagai golongan kedua yang rugi semasa hidupnya. Walaupun mempunyai peluang untuk mendapat ganjaran pahala dengan berbakti kepada orang tua, tetapi orang tuanya dibiarkannya sia-sia. Dan ada yang sehingga sanggup meninggalkan mereka di rumah orang tua.
Teringat dengan kata-kata Imam Muda Hassan sewaktu menonton rancangan Imam Muda beberapa tahun yang lalu. Beliau mengingatkan pada semua anak-anak muda yang masih dikurniakan ibu ayah agar sentiasalah merasa syukur dengan kurniaan Allah SWT. Adanya ibu dan ayah bermakna Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk berbakti kepada mereka. Allah masih memberikan kesempatan kita  untuk menambah dan merebut ganjaran pahala dan kebaikan dengan menghormati dan menyayangi mereka. Hanya dengan redha keduanya, maka redha Allah juga akan kita perolehi. Dengan berbakti kepada mereka, Allah akan balas dengan ganjaran pahala yang berganda. Itu janjiNya.
"Ya Rahman.. jadikanlah diri ini permata ayah bonda. Jadikan diri ini penyejuk mata mereka.. Jadikan diri ini penghibur lara mereka. Engkau kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sedari kecil hingga dewasa. Engkau redhailah mereka dan jadikan diri mereka redha padaku agar redhaMu jua sampai kepadaku"

Golongan yang ketiga daripada hadis di atas ialah golongan manusia yang apabila perginya Ramadhan, dosa-dosanya masih lagi tidak terampun. Asbab kerana hatinya masih lagi kurang persediaan dan kesediaan dalam menghadapi bulan Ramadhan. Dia hanya mengetahui bulan Ramadhan pada zahirnya sebagai bulan pengampunan tetapi sayang dia tidak dapat merasainya dengan hati yang penuh bersedia. Di mindanya hanya dapat memahami erti puasa dari segi istilah sahaja iaitu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Sedangkan tingkatan orang yang paling ahsan puasanya, bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa tetapi dalam masa yang sama mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah SWT semata-mata. Asbab hanya memahami hakikat Ramadhan dari kulit sahaja tidak pada isinya, maka jadilah dia seolah-olah perenang yang hanya berenang di tepian tetapi tidak sampai ke dasar lautan walaupun kelengkapan dan peralatan sudah disediakan.
Tingkatan puasa orang sebegini termasuk di dalam puasanya orang awam. Lantaran itu, ada di antara amal yang dilakukan juga ala kadar sahaja. Hanya cukup dengan menahan diri dari makan & minum serta perkara yang boleh membatalkan puasa. Ibadahnya masih lagi seperti hari-hari sebelumnya. Malah ada lagi yang lebih mengecewakan ibadahnya seiring dengan maksiatnya. Alangkah ruginya golongan ini apabila peluang di depan mata sudah tersedia untuknya tetapi tidak mahu meraihnya. Baginya tidak ada bezanya Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Iyya'uzubillahi min zalik.
Tetapi apabila seseorang itu dapat menghayati hakikat Ramadhan yang sebenar, dia akan menggunakan dan mengambil sepenuhnya peluang dan kelebihan yang terdapat di dalam bulan tersebut. Masa yang ada seakan begitu berharga. Tiap saatnya digunakan sebaiknya. Amalan wajib diperbaiki, amalan sunat digandakan lagi. Lidahnya sibuk dengan zikir kepada Ilahi.. Tangisnya di malam hari menemaninya setiap hari sehinggakan tiap waktunya adalah semata-mata memohon keredhaan dan keampunan Allah SWT.
"Ya Rahmanu Ya Rahim.. permudahkanlah langkah kami agar sentiasa ingin dekat denganMu. Berikanlah kami kekuatan dan kesihatan untuk sentiasa sujud kepadaMu.. Agar terdidik hati ini untuk sentiasa bersyukur dengan limpah RahmatMu. Jadikanlah jiwa ini sentiasa rindu dengan sentuhan kasih sayangMu. Jadikanlah lidah kami lembut dan tiada jemu menyebut namaMu malah rasa terhibur dengan membaca alunan kalamMu."
"Ya Allahu Ya Kareem.. Istiqamahkanlah setiap apa yang telah kami persembahkan... Engkau redhailah setiap apa yang telah kami lakukan.. Ampunilah segala dosa yang telah kami perbuatkan serta masukkanlah kami di kalangan mereka yang Engkau Rahmati dan Redhai.. Sungguh tiada daya kami melainkan Engkau yang Maha Pengampun jua Maha Pengasih."
InsyaAllah, sama-sama kita berdoa semoga usaha yang kecil dan amalan yang sedikit ini dapat mengubah diri. Biar kecil dan sedikit asalkan kita lakukan dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh. Berazam dan bertawakkallah kepada Allah SWT semoga Allah redha dengan apa yang kita lakukan. Yakinlah, amalan yang disertai dengan kesungguhan semata-mata mengharapkan redhanya Allah SWT pastinya nanti akan sentiasa menjadi 'sahabat' kita. Setiap masa kita akan bersama-sama dengannya. Umpama seseorang yang sentiasa membaca Al-Quran sudah pastilah Al-Quran itu menjadi sahabatnya. Ada sahaja kesempatan dan masa terluang, Al-Quranlah yang dicapainya. Hari-harinya sentiasa bersama Al-Quran.

Gunakanlah peluang dan kesempatan ini dengan melipat gandakan lagi amal ibadah kita. Perbanyakkan dzikir setiap masa dan muhasabah diri sentiasa. Tatkala larutnya diri dalam sendunya dzikir pada yang Esa, renungilah diri kita. Tiada yang lebih sempurna melainkan zat yang Maha Sempurna. Dan tikamana bersatunya diri dalam dzikirullah, pasti akan ada titisan jernih menyentuh pipi meraih beningnya hati. Air mata itulah nantinya akan menjadi saksi. Moga ianya juga yang akan membela mu di sana nanti. Negeri yang kekal abadi.

Kiat Menghafal Al Qur’an

Sungguh menghafal Al Qur’an memiliki keutamaan yang luar biasa. Lembaran ini berisi uraian singkat mengenai keutamaan menghafal Al Qur’an dan kiat utama untuk menghafalkannya. Moga semakin menyemangati para remaja muslim sekalian.

Keutamaan Penghafal Al Qur’an
Orang yang menghafal Al Qur’an akan mudah mendapatkan syafa’at di hari kiamat kelak. Dari Abu Umamah Al Bahiliy, (beliau berkata), “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Bacalah Al Qur’an karena Al Qur’an akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi’ (pemberi syafa’at) bagi yang membacanya.” (HR. Muslim no. 1910)
Di akhirat, hafalannya akan menolong dirinya untuk menggapai derajat mulia. Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ اقْرَأْ وَارْتَقِ وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِى الدُّنْيَا فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا
Dikatakan kepada orang yang membaca (menghafalkan) Al Qur’an nanti : ‘Bacalah dan naiklah serta tartillah sebagaimana engkau di dunia mentartilnya. Karena kedudukanmu adalah pada akhir ayat yang engkau baca (hafal).” (HR. Abu Daud no. 1464 dan Tirmidzi no. 2914, shahih kata Syaikh Al Albani). Yang dimaksudkan dengan ‘membaca’ dalam hadits ini adalah menghafalkan Al Qur’an. Perhatikanlah perkataan Syaikh Al Albani berikut dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 2440:
“Ketahuilah bahwa yang dimaksudkan dengan shohibul qur’an (orang yang membaca Al Qur’an) di sini adalah orang yang menghafalkannya dari hati sanubari. Sebagaimana hal ini ditafsirkan berdasarkan sabda beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain, ‘Suatu kaum akan dipimpin oleh orang yang paling menghafal Kitabullah (Al Qur’an).’
Kedudukan yang bertingkat-tingkat di surga nanti tergantung dari banyaknya hafalan seseorang di dunia dan bukan tergantung pada banyak bacaannya saat ini, sebagaimana hal ini banyak disalahpahami banyak orang. Inilah keutamaan yang nampak bagi seorang yang menghafalkan Al Qur’an, namun dengan syarat hal ini dilakukan untuk mengharap wajah Allah semata dan bukan untuk mengharapkan dunia, dirham dan dinar. Ingatlah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda,
أَكْثَرَ مُنَافِقِي أُمَّتِي قُرَّاؤُهَا
Kebanyakan orang munafik di tengah-tengah umatku adalah qurro’uha (yang menghafalkan Al Qur’an dengan niat yang jelek).” (HR. Ahmad, sanadnya hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Syu’aib Al Arnauth).” [Maknaqurro’uha di sini adalah salah satu makna yang disebutkan oleh Al Manawi dalam Faidhul Qodir Syarh Al Jami’ Ash Shogir, 2: 102 (Asy Syamilah)]
Tidakkah kita ingin mendapatkan kedudukan mulia di sisi Allah? Moga dengan modal ikhlas dan menjauhi maksiat, kita dimudahkan untuk menghafalkan Al Qur’an.
Modal Utama: Ikhlas dan Jauhi Maksiat
Jadikanlah niat dan tujuan menghafal Al Qur’an untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Janganlah tujuan kita menghafal Al Qur’an untuk meraih kedudukan di tengah-tengah manusiam, meraup keuntungan dunia, upah atau hadiah. Ikhlas dan ikhlas-lah dalam menghafalnya. Karena ingatlah Allah tidak menerima sedikit pun dari amalan yang tidak ikhlas, yang tercampur kesyirikan di dalamnya. Allah tidak mau diduakan dalam ibadah, termasuk dalam menghafal kalam-Nya. Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dan (menjalankan) agama dengan lurus.” (QS. Al Bayyinah: 5).
Kemudian, modal yang utama lagi bagi penghafal qur’an adalah ia harus menjauhi maksiat. Maka ia tidak hobi mendengar musik, menjauhi pacaran dan pantangan maksiat lainnya. Karena itu tentu saja akan mengganggu hafalannya. Allah Ta’ala berfirman,
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (QS. Al Muthoffifin: 14) Mujahid rahimahullah mengatakan, “Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jari-jemari.” (Fathul Qodir, Asy Syaukani, Mawqi’ At Tafasir, 7: 442). Jika hati semakin kelam, maka akan sulit melakukan ketaatan, sulit menghafal dan melekatkan Al Qur’an pada hati.
Imam Syafi’i berkata,
شَكَوْت إلَى وَكِيعٍ سُوءَ حِفْظِي فَأَرْشَدَنِي إلَى تَرْكِ الْمَعَاصِي وَأَخْبَرَنِي بِأَنَّ الْعِلْمَ نُورٌ وَنُورُ اللَّهِ لَا يُهْدَى لِعَاصِي
Aku pernah mengadukan kepada Waki’ tentang jeleknya hafalanku. Lalu beliau menunjukiku untuk meninggalkan maksiat. Beliau memberitahukan padaku bahwa ilmu adalah cahaya dan cahaya Allah tidaklah mungkin diberikan pada ahli maksiat.” (I’anatuth Tholibin, 2: 190). Ingat sekali lagi bahaya maksiat dan dosa bagi penghafal Al Qur’an. Ini pantangan berat yang mesti dijauhi. Semoga dengan taufik Allah, kita bisa menghindari maksiat dan berbagai macam dosa.
Rajin Mengulang Hafalan
Ini juga adalah modal yang amat utama. Bukanlah yang paling urgent, kita rajin menambah hafalan. Yang lebih penting adalah mengulang dan terus mengulang setiap hari. Oleh karena itu, para ulama memberi kiat agar kita bisa menambah diikuti dengan mengulang (muroja’ah) hafalan. Karena jika kita hanya rajin menambah, hafalan terdahulu bisa cepat hilang. Itulah jadi sebab mengapa para penghafal Al Qur’an jadi putus di tengah jalan.
Dari Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ الإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عَاهَدَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَإِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ
Sesungguhnya orang yang menghafalkan Al Qur’an adalah bagaikan unta yang diikat. Jika diikat, unta itu tidak akan lari. Dan apabila dibiarkan tanpa diikat, maka dia akan pergi.” (HR. Bukhari no. 5031 dan Muslim no. 789).
Dalam riwayat Muslim yang lain terdapat tambahan,
وَإِذَا قَامَ صَاحِبُ الْقُرْآنِ فَقَرَأَهُ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ذَكَرَهُ وَإِذَا لَمْ يَقُمْ بِهِ نَسِيَهُ
Apabila orang yang menghafal Al Qur’an membacanya di waktu malam dan siang hari, dia akan mengingatnya. Namun jika dia tidak melakukan demikian, maka dia akan lupa.” (HR. Muslim no. 789)
Adapun cara menghafal Qur’an secara lebih detail akan kami tampilkan di bahasan lainnya, insya Allah.
Moga Allah memudahkan kita untuk menjadi ahli Al Qur’an. Wallahu waliyyut taufiq.

@ Sabic Lab, Riyadh KSA, 23 Dzulhijjah 1432 H
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Kiat Menghafal Al Qur’an (2)

Alhamdulillah, shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.
Sebelumnya telah diulas mengenai modal awal untuk menghafal Al Qur’an. Ringkasnya modal yang harus dimiliki adalah punya motivasi yang kuat untuk menghafal Al Qur’an karena mengingat keutamaanya yang luar biasa. Lalu luruskanlah niat untuk ikhlas pada Allah. Pantangan besar yang harus dijauhi adalah maksiat. Lalu rajin dalam mengulang hafalan. Berikut kami jelaskan bagaimana kiat lebih detailnya.

Pertama: Mulai menghafal dari satu mushaf, tidak berganti-ganti. Karena inilah di antara sebab yang membuat kita cepat lupa. Perlu diketahui bahwa ketika kita telah menghafal satu halaman mushaf, maka kita biasanya akan bergantung dan ingatan kita akan selalu mengarah ke lembaran yang telah kita hafal. Posisi ayat yang telah dihafal akan diketahui di atas, ataukah di bawah, di kanan ataukah di kiri. Sehingga jika kita berganti-ganti mushaf, itu akan menyulitkan kita sendiri. Jadi pilihlah satu mushaf standar untuk hafalan kita seperti mushaf Madinah. Dan lebih bagus lagi memilih yang berukuran kecil agar bisa di bawa ke mana-mana dan mudah ditaruh di saku.
Kedua: Berusaha setiap harinya menetapkan target hafalan, misalnya sebanyak satu atau setengah halaman mushaf, atau mungkin hanya satu ayat setiap harinya, namun rutin dihafal.
Ketiga: Mulai membaca ayat pertama dan diulang sampai 20 kali. Lalu membaca ayat kedua, diulang sampai 20 kali, sampai membaca seluruh ayat dalam setengah halaman dengan pengulangan yang sama. Lalu mengulang ayat dalam setengah halaman tadi secara keseluruhan dengan pengulangan sebanyak 20 kali. Kemudian sisa setengah halaman yang ada dibaca dan dilakukan pengulangan dengan cara yang sama dengan sebelumnya.
Keempat: Jika ingin menambah hafalan baru pada hari berikutnya, maka sebelum menambah dengan hafalan baru, bacalah hafalan lama dari ayat pertama hingga terakhir sebanyak 20 kali. Hal ini supaya hafalan tersebut kokoh dan kuat dalam ingatan. Kemudian barulah memulai hafalan baru dengan cara yang sama seperti yang dilakukan ketika menghafal ayat-ayat sebelumnya.
Jika tidak melakukan seperti ini, bila kita hanya rajin menambah hafalan, itu bisa membuat hafalan sebelum-sebelumnya hilang. Jadi rajinlah muroja’ah (mengulang hafalan) daripada menambah hafalan baru atau rajinlah menggabungkan kedua-duanya. Kita bisa terus mengulang seperti ini dalam shalat-shalat sunnah kita seperti dalam shalat rawatib atau shalat tahajud.
Kelima: Setorkan hafalan pada guru atau partner yang bisa membenarkan bacaan jika salah, lebih baik lagi pada para hafizh quran.
Keenam: Pilih waktu terbaik untuk menghafal quran. Misalnya untuk mengulang hafalan adalah di waktu Shubuh, sedangkan menambahnya adalah di malam hari sebelum tidur, lalu disetorkan. Atau bisa pula gunakan waktu antara adzan dan iqomah, atau waktu sebelum atau sesudah shalat lima waktu untuk menambah dan mengulangi hafalan. Waktu-waktu senggang pun ketika berada di antrian, berada di taxi, itu pun bisa diisi dengan hafalan. Keep your time in the useful things ...
Ketujuh: Lebih baik menghafal dari surat An Naas (belakang mushaf) hingga bagian depan karena itu lebih mudah. Jika melakukan seperti ini, kita akan mulai menghafal dari ayat-ayat yang pendek dan mudah diingat. Apalagi kita akan sering mendengar ayat-ayat yang berada di belakang mushaf karena imam masjid seringnya membaca surat-surat pendek sehingga hal ini akan mudah mengokohkan hafalan kita.
Kedelapan: Menetapkan waktu untuk muroja’ah (mengulang hafalan). Misalnya satu hari punya target menambah hafalan sebanyak 1 halaman, sedangkan muroja’ah sebanyak 4 halaman s/d 1 juz. Ini bertujuan agar hafalan yang telah lalu tetap terus terjaga dan kita bisa kontinu untuk menambah hafalan baru. Lalu tetapkan waktu pula misalnya jika kita telah menghafal 5 juz Al Qur’an, maka tetapkan waktu selama 2 minggu untuk mengulang 5 juz itu saja, lalu setelah itu baru menambah hafalan yang baru. Intinya, jangan terburu-buru menambah hafalan sebelum mengulang hafalan yang telah ada.
Kesembilan: Setiap yang menghafalkan Al Qur’an pada 2 tahun pertama biasanya akan mudah hilang apa yang telah ia hafalkan, masa ini disebut masa "tajmi'" (pengumpulan hafalan), maka jangan bersedih karena sulitnya mengulang atau banyak kelirunya dalam hafalan, ini merupakan masa cobaan bagi para penghafal Al Qur’an, dan ini adalah masa yang rentan dan bisa menjadi pintu syetan untuk menggoda dan berusaha untuk menghentikan dari menghafal, maka jangan pedulikan godaannya dan teruslah menghafal, karena menghafal Al Qur’an merupakan harta yang sangat berharga dan tidak tidak diberikan kecuali kepada orang yang dikaruniai Allah Ta’ala.
Akhirnya kita memohon kepada-Nya agar termasuk menjadi hamba-hamba- Nya yang diberi taufiq untuk menghafal dan mengamalkan kitabNya dan mengikuti sunnah nabi-Nya dalam kehidupan yang fana ini.
Allah Ta’ala berfirman,
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآَنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Ruang Dosa di Facebook

Mungkin kita pernah terbaca dengan beberapa ungkapan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, cuba lihat di wall facebook kita atau sahabat-sahabat yang lain.
" Hari ini saya keluar dating dengan bf saya"
"Seronoknya keluar ngan **** semalam kat mall, thanx!!!"
"Awak ni gatal la sayang ;-)"
"baby, bila lagi nak 'study' sama-sama?"
"awak cantik pakai baju itu, cun"
Dan pelbagai lagi contoh-contoh komen, yang tak sepatutnya. Kemudian, agak menyedihkan, apabila kita muat naik gambar, tanpa kita sedari, mendedahkan aurat kita sendiri, dan bergambar dengan pasangan bukan muhrim secara berpegangan tangan atau berpelukan.
Mungkin, kita tidak mempunyai apa-apa niat, malah rasa bersahaja apabila menulis komen-komen serta meletakkan gambar tersebut. Tapi sedarkah kita, kita telah membuka keaiban diri kita sendiri, dengan menghebahkan perkara tersebut kepada pengetahuan umum?
Menurut buku "Sabil An-Najat Min Syu-um Al-Ma'shiyat" atau "15 Kaedah Selamat Dari Maksiat", penulisan Muhammad bin Abdullah Al-Duwais, beliau ada menyatakan jangan hebah apabila berbuat maksiat. Terdapat beberapa nas agama yang boleh dikongsikan.
Bersumberkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
" Aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Semua umatku diampuni kecuali orang-orang yang melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan. Salah satu contoh perbuatan maksiat ialah, seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, padahal Allah menutupinya, namun kemudian pada pagi harinya ia bercerita kepada orang lain: 'Hai polan, semalam aku melakukan ini dan itu." Sebenarnya ia tidur malam dengan ditutupi aibnya oleh Tuhannya, tetapi pagi harinya ia menyingkap sendiri tabir Allah itu darinya."
(riwayat Al-Bukhari(6069) dan Muslim(6990))
Malangnya bagi kita, apabila kita gagal mengawal hawa nafsu kita daripada melakukan maksiat. Nafsu tersebut dikenali sebagai Nafsu Ammarah. Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, serta sering mengikut hawa nafsu dan tidak sesekali melawannya. Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan lazat, malah berbangga dengannya. (sumber majalah Solusi isu 25)
 Adakah kita gembira apabila tergolong dalam golongan-golongan tersebut? Sudahlah kita melakukan maksiat seperti berdua-duaan bukan muhrim, berpegangan tangan, dan pelbagai lagi maksiat yang kita lakukan, nauzubillah. Kemudian, kita menghebahkannya dalam laman web sosial, dan berbangga dengan perbuatan tersebut. Kita jadikan nafsu sebagai tuhan. MashaAllah.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?."
(Surah al-Jatsiyah ayat 23)
Kita sering tertipu dengan godaan hawa nafsu. Sudahlah kita melakukan kemungkaran, malah menghebahkannya kepada umum. Di mana tempat kita di sisi Allah? Timbulkan persoalan dalam diri anda, jika anda melakukan sedemikian.
Justeru, sudah semestinya kita tidak mahu tergolong dalam golongan-golongan yang dimurkai Allah, bukan? Jadi, janganlah kita melakukan kemungkaran, seterusnya tiada apa yang perlu dihebahkan kepada umum, tentang perkara terkutuk tersebut, kan? Kawal hawa nafsu kita, jangan biar hawa nafsu mengawal kita.
Seorang mukmin yang mengaku berasa takut kepada Allah dan menganggapNya sebagai Tuhan Yang maha Agung, apabila suatu waktu terjerumus dalam suatu perbuatan maksiat dan melanggar apa yang tidak boleh dilakukan, seharusnya ia benci maksiat tersebut dan seboleh mungkin berusaha agar jangan sampai diketahui oleh sesiapa pun. Malah, jangan menceritakan kepada orang lain sehingga diketahui umum. Berehati-hatilah dengan setiap tindakan yang kita lakukan, terutamanya dalam laman web sosial, kerana kita mungkin membuka aib sendiri, tanpa kita sedar.
Tetapi, ingat sahabat-sahabatku! Ini bukannya kebenaran atau platform untuk kita melakukan maksiat! Maksiat tetap harus dijauhi, supaya tidak menimbulkan kemurkaan Allah. Bertaubat sebelum terlambat!
- Artikel iluvislam.com

Tidak ada komentar:

Jazaakumulloh khoiron, Semoga info dan artikel yang kami berikan bermanfaat dan bisa lebih mnegerti tentang IPM khusunya tetang IPM Cabang Cimanggu di Desa yang Tercinta Cimanggu. Hidup Ipm... jaya... Hidup-hidupilah Muhammadiyah dan IPM jangan hidup di Muhammadiyah dan IPM... Semangat !